STRATEGI KEDUA: MEMASTIKAN PEMBANGUNAN HOLISTIK DAN MAPAN
MENINGKATKAN MODAL INSAN BERKEMAHIRAN TINGGI
Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
· RM30 bilion diperuntukkan kepada pendidikan rendah dan menengah bagi manfaat 5.5 juta pelajar di seluruh negara, iaitu:
· RM19 bilion untuk bayaran emolumen operasi pendidikan.
· RM2.8 bilion untuk program bantuan pelajar dan biasiswa.
· RM1.6 bilion untuk membina 80 sekolah baru, 1,100 blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah kebangsaan rendah dan menengah, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah Mubaligh.
· RM1.1 bilion untuk mengubah suai dan menaik taraf sekolah di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak.
· RM48 juta memantapkan pendidikan prasekolah termasuk mengubahsuai kemudahan dan kurikulum, selaras dengan piawaian dan dasar Kementerian Pelajaran. Kemudahan prasekolah berpusat menggunakan premis sekolah sedia ada dan memberi latihan kepada guru prasekolah akan turut diberikan melalui peruntukan ini.
· RM32 juta meningkatkan kadar literasi dan numerasi membabitkan murid tahun satu dengan penyediaan modul khas untuk murid dan guru, menyaring murid mengikut keupayaan dan menyediakan program latihan khas untuk guru.
· RM20 juta mewujudkan 20 sekolah berprestasi tinggi (SBT). Prinsip asas SBT ialah menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan pencapaian kokurikulum pelajar termasuk disiplin dan kebersihan serta penguasaan bidang keutamaan sekolah.
· New Deal atau Bai’ah Baru berbentuk insentif kewangan dan bukan kewangan serta autonomi dalam mentadbir sekolah diberikan kepada Pengetua dan Guru Besar yang menunjukkan prestasi cemerlang. Bagi yang tidak mencapai sasaran selama 2 tahun berturut-turut, tindakan yang bersesuaian akan diambil.
Menjaga Kebajikan Golongan Pelajar
· Biasiswa Nasional untuk 30 pelajar terbaik ke universiti tersohor di dunia.
· Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar lulus ijazah kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.
· Diskaun 50 peratus tambang KTMB jarak jauh untuk pelajar berusia 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar.
· Bayaran RM50 sebulan selama dua tahun bagi pakej ‘notebook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma untuk 100,000 pelajar universiti tempatan.
[oh yeah. siti noradiba like this ^.^]
Mempergiatkan Program PERMATA
· RM100 juta untuk pelaksanaan empat program PERMATA yang memberi penekanan terhadap pengasuhan dan pendidikan awal kana-kanak secara bersepadu dan terancang. Empat program tersebut ialah:
i. PERMATA Negara melibatkan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak sebelum mencapai umur 5 tahun. Satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras kurikulum, latihan dan kelayakan tenaga pendidik di semua taman asuhan kanak-kanak.
ii. PERMATA Seni melibatkan latihan pelajar yang pintar dan berbakat dalam bidang seni. Program ini akan dilaksanakan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
iii. PERMATA Pintar melibatkan program membimbing pelajar yang mempunyai tahap kepintaran yang luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang. Program ini yang akan dilaksanakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama University of Johns Hopkin, Amerika Syarikat akan membuat pengambilan pertama pada tahun 2011.
iv. PERMATA Insan melibatkan program melatih pelajar supaya memahami, mendalami dan mengaplikasikan ilmu yang berteraskan A-Quran. Ia akan dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia bagi pelajar berumur 9 hingga 12 tahun.
v. Permata turut akan melaksanakan Program Perkasa Remaja yang bertujuan melatih dan membimbing remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mencegah mereka terlibat dalam gejala sosial dan program tersebut akan dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia bagi membentuk beli menjadi lebih bertanggungjawab dan berguna kepada masyarakat dan negara.